Login  |  Register
 
You are here July 30, 2010  

Text/HTML  
Hover here, then click toolbar to edit content
   

 

 Perkhidmatan Iban RTM Miri dengan kerjasama Kelab Rekreasi RTM Miri telah menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang MIRIfm 2009 pada 3 Julai yang lepas bertempat di dewan Masyarakat Beluru, Bakong. Bertemakan "Singkang Nuju Jalai Pemerindang"pertandingan  ini menampilkan 10 orang finalis yang berentap dan mereka terdiri daripada Christopher Engkulau, Ujai Uding, Nigel Edward, Mike Tunsin, Ramio Pangkat, Ron Barnabas, Standley Unyat, Stanley Jaba, Steward Freddie dan Nelson Jonathan.

Christopher Engkulau dari Linai, Marudi berjaya menambat hati para juri pada malam itu dengan lagu Beraie dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai seribu ringgit, piala dan sijil. Ron Barnabas dari Senadin mendapat tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Ramio Pangkat. Tempat kedua dan ketiga masing- masing membawa pulang wang tunai RM700, RM500, piala dan juga sijil manala Ujai Uding memenangi kategori persembahan terbaik membawa pulang wang tunai RM200, piala dan sijil. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak yang juga Penaung Program Bintang MIRIfm YB En.Sylvester Entri Muran. Turut hadir ialah Pengarah Penyiaran Sarawak En. Abdul Jalani Mahmud dan Pmg. Pengurus Miri, En. Wara.

 

   

Majlis Mesra Krismas , Tahun Baru 2010 dan Jasamu Dikenang......

Malis Mesra Keluarga Mirifm dan Jasamu Dikenang  

meriahnya acara memotong kek

Majlis Mesra Keluarga dan Jasamu Dikenang Mirifm telah berlangsung dengan meriahnya. Majlis yang berkonsepkan mesra keluarga ini telah menyaksikan petugas-petugas Mirifm datang dengan membawa keluarga masing-masing. Acara-acara yang disediakan telah membuatkan hadirin tidak kering gusi. Dalam pada itu, ada juga yang tersentuh hati kerana akan kehillangan kawan yang akan berhijrah ketempat lain..sayu wajah Bana Jimbat, pilu renungan Rizauddyn dan terharu jelingan mata Marliana dengan  Majlis tersebut yang menghargai jasa-jasa mereka...Lagi..

Rizauddyn menerima cenderahati daripada Pmg Pengurus Mirifm, Puan Fauziah Zakaria

cenderahati kepada Bana Jimbat disampaikan oleh En. Phang Kii Sam

gambar kenangan mesra keluarga Mirifm

Majlis Rakaman Mesra Raya Aidilfitri dan Penyerahan Sumbangan Kepada Ibu-Ibu Tunggal  

Antara tetamu yang turut  memeriahkan Majlis Rakaman Mesraraya Aidilfitri dan Penyerahan Sumbangan kepada Ibu-Ibu Tunggal, kelihatan ialah YB Aidan Wing,  Tuan Residen Miri Dr Ngenang, Pengawal Limbangfm En Jeffry Samy dan Pn. Fauziah Zakaria, Pemangku Pengawal Mirifm.  Lagi........

Petugas-petugas Mirifm sempat bergambar selepas majlis  selesai. Mereka terdiri daripada petugas dari Bahagian Kejuruteraan,  Pentadbiran, dan  Rancangan . Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Lagi....

 

 

   

RTM Miri Tetap Teruskan AJLTI Beberapa Langkah Keselamatan Diamabil Supaya Penganjuran AJLTI tidak Terjejas Oleh H1N1.

 

 

En. Isik Ak. Utau Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri/Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri  mewakili Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak. Numpang selaku penaung AJLTI menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM10,000.00 kepada Penerbit En. Bana Jimbat

 

Miri: 9/7/09 [Khamis] Radio Television Malaysia RTM Miri akan meneruskan Anugerah Juara Lagu Terbilang Iban (AJLTI) walaupun dunia dan negara dibelenggu kemelesatan ekonomi dan berlaku penularan wabak Influenza A (H1N1).
Pemangku Pengawal Penyiaran, RTM Miri, Puan Fauziah Zakaria memberitahu ,H1N1 tidak menjejaskan penganjuran AJLTI kerana persembahan itu hanya membabitkan para penonton tempatan.
Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan, kita akan mengedarkan 1,000 penutup mulut dan hidung percuma kepada penonton...lagi

 

Hi..Hii..Bye..Bye kepada Pn. Nuriah Salleh  

Majlis Perpisahan Pn. Nuriah Salleh diadakan di Auditorium Miri pada 29 Jun 2009.  Cenderamata disampaikan oleh Pn.Fauziah Zakaria, Ketua Bahagian Rancangan Mirifm.  Selamat berhijrah kepada Pn .Nuriah ke Angksapuri, Kuala Lumpur.   Selamat Maju Jaya.  Lagi....

Satelah lebih tiga tahun bersama,  akhirnya berpisah jua. Bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian  petugas-petugas  Mirifm. Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

PELANCARAN SIARAN KENYAH, RADIO ONLINE DAN RANCANGAN BARU MIRIFM 2009  

                                                                                                       

Kek Sumbangan Miri Marrriott Resort

 

        Âkelihatan Dj Jude, Dato Jacob, Anyie Ding , juruteknik Faraliza dan Pn. Fauziah Zakaria, Ketua Bahagian Rancangan Mirifm selepas ditemubual  di studio.

Majlis Pelancaran Siaran Kenyah, Radio Online Dan Rancangan Baru Mirifm 2009 sempena Ulangtahun RTM ke 63 tahun bertempat di Auditorium Miri.ÂPelancaran  disempurnakan oleh Yang Berhormat ÂDato Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Pembangunan Industri..pada 27hb April 2009(Isnin). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato Norhyati Hj Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) dan Pemangku Pengarah Penyiaran Sarawak, Tuan Hj Monshi bin Abdullah. Tetamu-tetamu terdiri daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat,  Ketua-ketua Jabatan dan Swasta. Penyanyi Norrye yang popular dengan lagu Aku Adalah Aku turut memeriahkan majlis. Terima Kasih kepada Miri Marriott Resort & Spa yang menyumbang kek sempena ulangtahun RTM yang ke 63 tahun… Mirifm Mesra Bermaklumat.

 

MIRIFM KINI  

RADIO INTERNET/ONLINE

Innovasi Jabatan Penyiaran Miri yang diharapkan dapat meningkat dan meluaskan  lagi liputan siaran radio.Sempena ulangtahun RTM 63, penambahanbaikan dari segi mutu rancangan yang melibatkan Perkhidmatan  dari segi mutu rancangan ........ lagi

PENGAMBILAN JURUHEBAH SAMBILAN BAHAGIAN KENYAH

Pada 21 Februari 2009 yang lalu, telah diadakan satu temuduga terbuka khusus untuk memilih juruhebah sambilan untuk siaran bahasa kenyah. Temuduga ini di jalankan dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang, bertempat di RTM MIRI dan paneltemuduga di ketuai oleh Ketua Bahagian Rancangan..... lagi

PENGENALAN & LATAR BELAKANG 'BINTANG MIRIfm'

Rancangan 'Bintang MIRIfm' adalah sebuah rancangan berbentuk hiburan terbitan Perkhidmatan Iban MIRIfm dimana pendengar akan menyanyi lagu karaoke yang dimainkan oleh Juruhebah di studio melalui talian telefon dan disiarkan secara 'live' ..... lagi

LAWATAN MENZIARAH PUAN NORAIDAH IBRAHIM

Pada 14 Januari 2009, Rabu - Rombongan dari Bahagian Pentadbiran RTM Miri yg terdiri daripada Pegawai Kerani Kanan iaitu Encik Mahli Junit, Puan Dayang Jemilah Bt Abang Ahmad, Puan Rose...... lagi

SALAM MAULIDUR RASUL

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah begitulah tema Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430h/2009m. Jabatan Penyiaran Miri turut serta dalam perhimpunan pada kali ini yang diadakan di Dewan Suarah Miri pada 9hb Mac 2009. Walaupun waktu itu hujan turun renyai-renyai..... lagi

SIARAN KENYAH DI MIRIFM 2009

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Siaran dalam BAhasa Kenyah menerobos ruang udara MIRIfm. Mulai1hb April 2009, siaran ini akan keudara setiap hari dari pukul 11 pagi hingga ........ lagi  

MEMERANGI JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Membentuk sebuah masyarakat yang sentiasa proaktif, bertanggungjawab dan peka terhadap usaha mencegah dan memerangi jenayah serta mengamalkan budaya antijenayah dalam kehidupan seharian.... lagi

 

mmsmirifm.dapat.com  

LAYARI KAMPUNG MMS MIRIFM

http://mmsmirifm.dapat.com

UNTUK MENGHANTAR MMS
1.AMBIL GAMBAR MENGGUNAKAN TALIFON BIMBIT
2.TAMBAHKAN MESEJ DIMULAKAN DENGAN MIRIFM
3.TEKAN SEND
4.PILIH HANTAR SEBAGAI MMS
5.HANTAR KE mms@dapat.com

CHICHAT BERSAMA DJ  

HUBUNGI KAMI  
RADIO ONLINE  
BLOG MIRIFM  

KLIK DI SINI

SMS MIRIFM  

Waktu Solat  

Klik untuk panduan solat solat

sumber: JAKIM

   

GALERI GAMBAR  

KLIK Pertandingan Bintang MIRIFM 2008

KLIK DJ Rancangan Kenyah

KLIK Salam Maulidur Rasul 2009

KLIK Memerangi Jenayah TanggungJawab Bersama

KLIK Lawatan Menziarahi Puan Noraidah Ibrahim

EMEL DJ  

DJ PERKHIDMATAN BAHASA MELAYU

1. djjojo@miri.fm

2. djsherin@miri.fm

3. djroyalfrog@miri.fm

4. djkakmai@miri.fm

5. djdymas@miri.fm

6. djreeza@miri.fm

7. djnana@miri.fm

DJ PERKHIDMATAN IBAN

1. djkaban@miri.fm

2. djmargaret@miri.fm

3. djmary@miri.fm

4. djchristina@miri.fm

DJ PERKHIDMATAN CINA

1. djwee@miri.fm

2. djteo@miri.fm

3. djyii@miri.fm

4. djwong@miri.fm

5. djyong@miri.fm

DJ PERKHIDMATAN KAYAN/KENYAH

1. djjudeanyie@miri.fm

2. djjessica@miri.fm

3. djrebecca@miri.fm

4. djanyie@miri.fm

 

 

 

PELAWAT  

counter