
Innovasi Jabatan Penyiaran Miri yang diharapkan dapat meningkat dan meluaskan lagi liputan siaran radio. Sempena ulangtahun RTM 63, penambahbaikan dari segi mutu rancangan yang melibatkan Perkhidmatan Melayu, Iban, Cina dan Kenyah telah dilaksanakan mulai 1hb April 2009. Seiring dengan itu juga, Mirifm telah memperkenalkan radio Internet atau radio Online yang boleh didengar menerusi internet di www.miri.fm. Ini sekaligus telah membuka peluang kepada pendengar-pendengar dunia untuk mengikutinya. Selain daripada itu, pendengar juga boleh melawat blog-blog dj untuk mengetahui aktiviti dj-dj kesayangan mereka. Selain berinteraksi dengan dj melalui sistem sms dan talian telefon, pendengar juga boleh berkongsi maklumat menerusi mms. Apa tunggu lagi, terus mendengar Mirifm di frekuensi 98.0 atau 97.5 untuk siaran yang Mesra Bermaklumat.